Saper Orang terkaya di Malaysia?

KUALA LUMPUR: Tan Sri Robert Kuok, peneraju Kumpulan Kuok, kekal sebagai rakyat Malaysia terkaya dengan nilai bersih AS$9 bilion, turun daripada AS$10 bilion setahun lepas, demikian menurut Senarai Terkaya Forbes Asia Malaysia 2009.

Dalam satu kenyataan di sini hari ini, Forbes berkata Kuok telah menduduki tempat itu setiap tahun sejak Forbes Asia memulakan ranking 40 rakyat Malaysia terkaya pada 2006.

Ahli perniagaan Tan Sri Ananda Krishnan menduduki tempat kedua dengan nilai bersih AS$7 bilion, turun daripada AS$7.2 bilion pada tahun lepas. Beliau juga mengekalkan ranking yang sama setiap tahun sejak 2006.

Secara bersama, Kouk dan Ananda mencatatkan 44 peratus daripada kekayaan teratas 40 rakyat Malaysia terkaya.

Mereka juga menusia terkaya di Asia Tenggara.

Rakyat Malaysia ketiga terkaya ialah Tan Sri Lee Shin Cheng, ketua Kumpulan IOI, salah satu peneraju pengendali ladang kelapa sawit terbesar dunia. Beliau bernilai AS$3.2 bilion, turun daripada AS$5.5 bilion pada tahun lepas tetapi mengekalkan kedudukannya ditempat ketiga.

Empat puluh orang rakyat Malaysia terkaya yang disatukan bernilai AS$36 bilion, turun daripada AS$46 bilion setahun lepas.

Ia menyatakan kemerosotan 22 peratus kekayaan itu sebahagian besarnya disebabkan sejajar dengan penurunan 21 peratus di Indeks Komposit Kuala Lumpur (KLCI) dan tidaklah buruk sangat, jika diambil kira ringgit Malaysia telah turun 10 peratus berbanding dolar AS, nilai mata wang yang digunakan bagi ukuran itu.

Malaysia mempunyai sembilan orang bernilai berbilion dolar yang secara bersama bernilai AS$30 bilion atau 84 peratus daripada keseluruhan kekayaan yang dihimpunkan oleh 40 orang terkaya di negara ini.

Ini merupakan perbezaan kekayaan terbesar di dalam senarai terkaya Forbes Asia.

Tan Sri Vincent Tan (ranking 10, AS$750 juta) dari Berjaya Corporation Bhd merupakan satu-satunya rakyat Malaysia yang terkeluar daripada ranking mereka yang memiliki kekayaan berbilion dolar dalam tempoh 12 bulan lepas kerana harga saham syarikatnya merosot.

Tiga orang yang memasuki kumpulan terkaya itu ialah anggota Lembaga Pengarah IOI Chan Fong Ann (ranking 18, AS$209 juta), tauke judi Tan Sri Chen Lip Keong (ranking 21, AS$195 juta) dan eksekutif perisian Goh Peng Ooi (ranking 34, AS$112 juta).

Empat orang menyertai semula kumpulan itu selepas terkeluar selama setahun atau lebih.

Antara mereka ialah Tan Sri Syed Mohd Yusof Tun Syed Nasir (ranking 37, AS$100 juta) dan Tan Sri Tan Teong Hean (ranking 39, AS$95 juta), yang menjuual saham Southern Bank beberapa tahun lepas dan kini membuat pelaburan baru.

Terbitan terbaru Forbes Asia turut menonjolkan Tan Sri Francis Yeoh, peneraju konglomerat YTL (ranking tujuh, AS$1.8 bilion).

Senarai penuh rakyat Malaysia terkaya dan cerita mengenai Francis Yeoh boleh diperolehi pada terbitan 8 Jun Forbes Asia, yang boleh diperolehi di kedai-kedai buku.BERNAMA

New Coming Soon Program!!!

My dear friends,

Below is my new coming soon program. All of you are invited to join and have fun. i believe you will enjoy it.





NAME OF THE PROGRAMME:

DUSUN DI IPT 2009
“TRADITIONAL FRUIT FIESTA ‘09 ”


DATE /DAY:
23RD - 26TH JULY 2009
THURSDAY - SUNDAY


VENUE:
CONVEST HILL, UIAM


ORGANISER:
MAHALLAH ‘UTHMAN & AMEENAH REPRESENTATIVE COMMITTEES
FEDERAL AGRICULTURAL MARKETING AUTHORITY (FAMA)


Fell free to contact me at: muzzam03@yahoo.com

Banjir...Banjir!!!

Pada tanggal 14 Mei 2009 yang lepas, Blok aku telah ditengelami air sedalam kepala lutut. enyebabkan banyak barang aku basah termasuk buku-buku, fail-fail, assessori komputer turut basah. banyaklah kerugian yang aku tanggung.




Kenangan bilik pertama kali banjir...Huhuhu




Abih barang-barang aku...Wuahauahua!!!




Keadaan keesokan hari Selepas banjir melanda.




COMING UP PROGRAM...!!!

“Career Development Programme”

1.(Training on Career & Opportunity in Agriculture Base)

“Baking Entrepreneur”

DATE:
17th July – 19th July 2009

VENUE:
UIAM & Banting, Selangor

ORGANIZER:
Unite Event Management
Agrobank Development Institute (ABADI) Malaysia
Mahallah Uthman Representative Committee


2.

“Career Development Programme”

(Training on Career & Opportunity in Agriculture Base)

“Farming Entrepreneur”

DATE:
20th October – 25th October 2009

VENUE:
UIAM & Mutual Farm, Kuala Lipis, Pahang

ORGANIZER:
Unite Event Management
Agrobank Development Institute (ABADI) Malaysia
Mahallah Uthman Representative Committee



** For those who are interested, you may contact as at www.uniteevent.blogspot.com

KEKUSUTAN TELAH TERSERLAH, KEBENARAN TELAH MENJELMA. "NIZAR MB YANG SAH"



Nizar menteri besar sah Perak
May 11, 09 3:45pm
kemaskini 4.30pm

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur mengumumkan Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaluddin sebagai menteri besar sah Perak setelah digugurkan jawatan tersebut, awal Februari lalu.

Mahkamah juga memutuskan menteri besar BN Datuk Seri Zambry Abdul Kadir dan enam exconya mengosongkan dengan kadar segera pejabat mereka - di Bangunan Perak Darul Ridzuan di Ipoh.

Dalam penghakimannya, hakim Abdul Aziz Abd Rahim berkata seseorang menteri besar hanya boleh dipecat melalui undi tidak percaya di DUN, seperti kes Stephen Kalong Ningkan.

Hakim menambah, dalam kes pelucutan Mohamad Nizar, tiada persidangan dewan diadakan untuk meluluskan usul sedemikian.

Dalam penghakimannya, Abdul Aziz berkata jika Sultan Perak mahu meletakkan Mohamad Nizar meletakkan jawatan, maka baginda sepatutnya mengambil sidang DUN untuk mengemukakan usul tersebut.

Permohonan peguam Zambry, Cecil Abraham untuk menangguhkan penghakiman tersebut ditolak oleh mahkamah.

Mengulas kemenangannya, menteri besar Pakatan Rakyat itu berkata beliau akan menghadap Sultan Perak berhubung penghakiman mahkamah tersebut.

Pada 13 Februari lalu, Mohamad Nizar memfailkan saman mencabar pelantikan Zambry di kompleks mahkamah Jalan Duta, kira-kira seminggu selepas rampasan kuasa BN dan sekali gus pelantikan wakil rakyat BN itu.

Mohamad Nizar, ADUN Pasir Panjang, juga memohon mahkamah mengeluarkan perintah perisytiharan bahawa Zambry yang dilanti 6 Februari lalu tidak berhak memegang jawatan menteri besar.

Dalam permohonan itu, wakil rakyat PAS itu mendakwa beliau masih menteri besar yang sah atas tiga alasan berikut:

(i) Tidak terdapat pembubaran DUN Perak;

(ii) Tidak terdapat usul tidak percaya diambil dan diterima pakai oleh DUN terhadapnya sebagai menteri besar Perak; dan

(iii) Tidak terdapat peletakan jawatan menteri besar Perak.

"Melalui kenyataan media pejabat Sultan pada 5 Februari 2009, Sultan bertitah tidak akan membubarkan DUN dan sekiranya saya serta ahli majlis mesyuarat negeri tidak meletakkan jawatan, jawatan kami akan dianggap kosong.

"Saya menegaskan bahawa walaupun terdapat usaha mengusir saya daripada jawatan menteri besar Perak, saya masih menteri besar dan masih menjalankan fungsi dan tugas dengan baik, cermat dan adil," katanya dalam afidavit, menyokong permohonan itu.

Mohamad Nizar juga memohon mahkamah mengeluarkan perintah supaya responden memberikan tunjuk sebab bagaimana dan di bawah dasar apa Zambry, sebagai responden, berhak memegang jawatannya sekarang.

Beliau mendakwa responden secara tidak sah mengambil dengan tiada hak dan merampas jawatan menteri besar, serta menjalankan tanggungjawab, fungsi dan tugas sebagai menteri besar secara tidak sah dan bercanggah dengan Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri Perak.

Nizar juga memohon perintah injunksi bagi menghalang responden daripada melaksanakan tanggungjawab dan tugas-tugas menteri besar di negeri itu.

LANGKAWI OH LANGKAWI !!!





Cuti yang lepas dapatla relaxkan diri melancong ke langkawi. Boring kalau asik dok uia je kan? ada kesempatan pergilah jalan-jalan.

PROJEK PADA MASA DEPAN!!!

Insyaallah sahabat-sahabat sekalian. Saya sedang bertungkus lumus untuk menyiapkan beberapa program pada masa depan. Diantaranya adalah:

1) Projek Bersama dengan Agrobank

Name Program : Training untuk usahawan muda dalam bidang pertanian
Tarikh :Sekitar Bln 7
Hari :-
Tempat :-

2) Projek Bersama dengan FAMA

Name Program : Training untuk usahawan muda dalam bidang Pemasaran
Tarikh :Sekitar Bln 7
Hari :-
Tempat :-


Semuanya akan dimaklumkan secepat mungkin selepas mendapat segala kelulusan dari pihak berkaitan. Nantikan kemunculannya.

PERANCANGAN BARU!!!

Assalamualaikum sahabat-sahabat semua...

Saya sedang dalam proses untuk memulihkan beberapa perkara untuk masa depan yang lebih cerah. Kadang kala, kita hanya mampu untuk melihat kemajuan orang lain, tetapi diri sendiri sentiasa mimikirkan pelbagai cara atau kaedah untuk memajukan diri. Kita selalu mengikut-ikut kata-kata orang lain, kita sentiasa memuji-muji oarang lain sedangkan diri kita sendiri tidak terbela. Apa-apa pun, sebenarnya semuanya bermula dari dalam diri kita sendiri. Kita kekurangan keyakinan dalam diri. adakalanya, manusia pandai berkata-kata, tetapi jarang sekali kata-kata itu dikotakan. Biasalahkan, manusia semmemangnya begitu sikapnya. Adakalanya, manusia rajin membuat kerja tetapi sebaliknya, tidak pandai dalam berkata-kata. Nak buat macam manakan? kenala belajar. Jangan fikirkan kerugian bila kita mula belajar, tapi pikirkan manfaat yang akan kita dapat.