01hb Rejab 1430 Hijrah. Bulan ALLAH...ALLAHHU AKBAR...!!!

Esok 24hb Jun 2009 (Rabu) bersamaan dengan 01hb Rejab 1430 Hijrah. Pejam celik… pejam celik kita akan memasuki bulan Rejab. Bulan Rejab adalah bulan Allah swt. Mari kita berkongsi… apakah amalan yang ada di sebalik bulan Rejab. Diriwayatkan bahawa Rasulullah saw telah bersabda…

"Ketahuilah bahawa bulan Rejab itu adalah bulan ALLAH swt, maka:”

1. Barang siapa yang berpuasa 1 hari dalam bulan ini dengan ikhlas, maka pasti ia mendapat keredhaan yang besar dari ALLAH swt.

2. Dan barang siapa berpuasa pada tanggal 27 Rejab /Isra Mi'raj (Isnin, 20 Julai 2009) akan mendapat pahala seperti 5 tahun berpuasa.

3. Barang siapa yang berpuasa 2 hari di bulan Rejab akan mendapat kemuliaan di sisi ALLAH swt.

4. Barang siapa yang berpuasa 3 hari iaitu pada tanggal 1, 2, dan 3 Rejab (24, 25, 26 Jun 2009) maka ALLAH swt akan memberikan pahala seperti 900 tahun berpuasa dan menyelamatkannya dari bahaya dunia dan siksa Akhirat.

5. Barang siapa berpuasa 5 hari dalam bulan ini, insyaallah permintaannya akan dimakbulkan Allah swt, InsyaAllah...

6. Barang siapa berpuasa 7 hari dalam bulan ini, maka ditutupkan 7 pintu neraka Jahanam dan barang siapa berpuasa delapan hari maka akan dibukakan 8 pintu Syurga.

7. Barang siapa berpuasa 15 hari dalam bulan ini, maka ALLAH swt akan mengampuni dosa-dosanya yang telah lalu dan menggantikan kesemua kejahatannya dengan kebaikan, dan barang siapa yang menambah (hari-hari puasa) maka ALLAH swt akan menambahkan pahalanya."

Sabda Rasulullah saw lagi :"Pada malam Mi'raj, saya melihat sebuah sungai yang airnya lebih manis dari madu, lebih sejuk dari air batu dan lebih harum dari minyak wangi, lalu saya bertanya pada Jibril as;

"Wahai Jibril untuk siapakah sungai ini? Maka berkata Jibril as "Ya… Muhammad sungai ini adalah untuk orang yang membaca selawat untuk engkau dibulan Rejab ini."

Dalam sebuah riwayat Tsauban bercerita :"Ketika kami berjalan bersama-sama Rasulullah saw ke sebuah kubur, lalu Rasulullah saw berhenti dan beliau menangis dengan amat sedih, kemudian beliau berdoa kepada ALLAH swt. Lalu saya bertanya kepada beliau "Ya Rasulullah, mengapakah engkau menangis?" Lalu beliau bersabda "Wahai Tsauban, mereka itu sedang diseksa dalam kuburnya dan saya berdoa kepada ALLAH swt, lalu ALLAH swt meringankan atas mereka."

Sabda beliau lagi "Wahai Tsauban, kalaulah sekiranya mereka ini mahu berpuasa satu hari dan beribadah satu malam saja di bulan Rejab nescaya mereka tidak akan disiksa di dalam kubur." Tsauban bertanya "Ya Rasulullah, apakah hanya berpuasa satu hari dan beribadah satu malam dalam bulan Rejab sudah dapat mengelakkan dari seksa kubur?"

Sabda beliau "Wahai Tsauban, demi ALLAH Zat yang telah mengutus saya sebagai nabi, tiada seorang muslim lelaki dan perempuan yang berpuasa satu hari dan mengerjakan solat malam sekali dalam bulan Rejab dengan niat karena ALLAH swt, kecuali ALLAH swt mencatatkan baginya seperti berpuasa satu tahun dan mengerjakan solat malam satu tahun."

Rebutlah 5 perkara sebelum datangnya 5 perkara;

MASA HIDUP SEBELUM MATI, MASA LAPANG SEBELUM MASA SIBUK, MASA MUDA SEBELUM MASA TUA, MASA KAYA SEBELUM SUSAH DAN MASA SIHAT SEBELUM SAKIT.

9 Kalimat yang Ditakuti Lelaki..!!!

PERNAH merasa penasaran dengan apa yang diucapkan sesama lelaki tentang wanita? Yang jelas, ada beberapa ucapan yang tidak ingin didengar lelaki dari pasangannya.
Salah satu kalimat atau ucapan itu adalah, “Kita pergi ke shoping complex, ya!”

Itu bererti dia harus menghabiskan waktu dengan menunggu pasangan yang sedang sibuk mencuba pakaian! Kalimat atau sikap apa lagi yang ditakuti kaum lelaki?

1. “Saya sudah memikirkannya…”

Bila seorang wanita benar-benar mengatakan dia sudah memikirkannya, bererti dia serius. Dan kaum lelaki dapat meneka, apa yang akan dicakapkan si wanita biasanya tentang masalah perkawinan, atau yang paling pahit, si wanita minta putus hubungan.

Bentuknya bermacam-macam, seperti, “Kenapa kamu menyintai saya?” dan “Pernahkah kamu memikirkan tentang masa depan kita?” Nah, kalau sudah begitu, kaum lelaki harus pandai-pandai mengalihkan pembicaraan kekasihnya.

2. “Bila kamu akan bersikap lebih jantan?”

Tidak ada yang lebih menyakitkan dibandingkan kejantanan seorang lelaki disinggung atau. Umumnya kaum lelaki bakal mengalihkan perhatian dan mengatakan, “Bagaimana kalau kamu yang bersikap lebih realistik dan berhenti membebel?”

3. “Orang tuaku mahu jumpa kamu.”

Hal ini dapat bererti:
- Hubungan serius.
- Secara psikologi, si lelaki sedang jadi perhatian keluarga kekasihnya.

4. “Maaf, saya sedang sakit kepala.”

Ertinya, malam ini tidak ada acara hubungan intim. Bila anda melihat isteri tidak berbohong dan dia memang sedang lelah pada saat gairah anda sedang tinggi, berikan ubat pusing dan doakan agar dia cepat sembuh.

5. “Kok, enggak kayak pacar saya yang dulu, ya?”

Pada umumnya lelaki tak pernah bercakap tentang ex-girlfriend di depan teman wanita barunya, kecuali jika “dipaksa” bercerita. Jadi, lelaki berasa tidak selesa bila pasangannya menyebutkan ex-boyfriend di depannya. Soalnya, bererti dia sedang dibanding-bandingkan dengan lelaki lain.

6. “Kamu sedang fikir apa?”

Wanita memang selalu ingin tahu. Mereka ingin tahu apa yang difikirkan dan dirasakan kaum lelaki. Mereka sering berprasangka yang tidak baik. Di sisi lain, para lelaki tidak mahu membahasnya dan lebih memilih diam.

7. “Menurut kamu, dia cantik?”

Pasangan lelaki anda sedang memerhatikan seorang wanita seksi, cantik, dan menarik. Bila anda menjawab, “Tidak, kamu lebih cantik.” Wanita akan tahu anda berbohong dan hasilnya pasti akan saling berbantahan.

8. “Menurut kamu, ada sesuatu yang berbeza pada diri saya?”

Lelaki tahu, bakal dapat masalah besar bila menjawab tak tahu. Semakin lama memberi jawapan, akan semakin ftertekanlah si dia. Justeru makin lelaki bingung dan akhirnya kerana tak ingin membuat suasana jadi tak best, si lelaki menjawab selamba, “Oh, kamu baru potong rambut?” Hasilnya, si wanita tadi makin geram kerana ternyata bukan rambutnya yang baru dipotong, melainkan ia memakai sepasang subang baru!

9. “Saya perlu bercakap.”

Setiap orang tahu, kata-kata ini biasanya diikuti oleh kalimat yang kurang menyenangkan. Tiga kata ini merupakan pertanda adanya masalah dalam sebuah hubungan. Pertanda akan putusnya suatu hubungan atau paling tidak perbincangan yang panjang tentang bagaimana lelaki tidak dapat memenuhi keinginannya. Atau sebaliknya, sangat tidak menyenangkan.

SOLAT ITU WAJIB...!!!

Dari manuscript lama yang tercatat di atas kulit kambing yang dijumpai berkurun masihi di sebuah negara "middle east". Orang yang menulis tidak dapat dikesan. Ini adalah sesuatu yang harus direnung dan di fikirkan bersama bukans etakat baca dan lupakan, harap kita semua dapat mengelakkan diri kita terjatuh dalam golongan seperti dalam manusript dibawah. Amin

Seorang nasrani berkata, "saya amat bersyukur kepada Allah walaupun saya dilahirkan dalam bangsa nasrani. Ini kerana saya lebih mulia dari bangsa Majusi."

Seorang majusi pula berkata, "saya juga berasa amat bersyukur kepada Allah walaupun saya dilahirkan dalam bangsa Majusi. Ini kerana saya lebih mulia dari orang kafir."

(cuba kita meneliti dua perbualan diatas, kita dapati, kedua-dua kafir tidak mengaku mereka kafir dan mereka saling bandingkan dengan orang kafir... cuba kita lihat pula apa orang kafir kata... )

Seorang kafir pula berkata, "saya juga rasa bersyukur kepada Allah walaupun saya dilahirkan kafir. Ini kerana kafir lebih mulia dari dilahirkan sebagai anjing."

Anjing pula berkata, "saya juga bersyukur kepada Allah walaupun saya dilahirkan sebagai anjing. Ini kerana anjing lebih mulia dari dilahirkan sebagai babi."

(mari kita teka apa kah kesudahan perbualan ini, dan cuba kita teka apakah yang babi akan kata dan siapakah yang babi akan bandingkan dengan dia... )

Babi pula berkata, "saya juga bersyukur kepada Allah walaupun saya dilahirkan sebagai seekor babi. Ini kerana saya lebih mulia dari manusia yang tidak solat atau sembahyang".

Ini adalah sebuah manuscript yang memberi kesedaran kepada umat Islam yang masih tidur dan juga umat yang selalu membandingkan diri mereka dengan insan yang lebih buruk dan lemah dari mereka.

Jika ini berterusan, umat Islam tidak akan maju. Tercatat didalam Al-Quran, bahawa umat islam yang meninggalkan solatnya akan menjadi semakin banyak dan lumrah pada akhir zaman... adakah ini akan berlaku atau sedang berlaku atau telah berlaku?

Sesungguhnya mati itu adalah benar, azab neraka itu adalah benar dan syurga itu adalah benar... maha suci ALLAH.